Wednesday 30 November 2011

AKU SEORANG PELUKIS

aku seorang pelukis...melukis itu gembira bagi aku..
aku sentiasa mencari sesuatu yang indah untuk aku lukis..
dan dalam ketelitian aku mencari yang indah itu kamu
sentiasa bersama aku..
kadang2 untuk mencari yang indah itu..aku dan kamu
perlu naik setinggi yang mampu..
sedang aku jauh tertinggal di belakang kamu datang
menghulur tangan..terus aku naik..
kadang2 kita jatuh sekali..sakit..
kadang2 aku tersesat lalu kamu terus datang seperti selalu
menokah arus bersama aku menunjukkan jalan yang mana perlu..
bila aku sampai ke atas sekali dalam apa yang aku perlu..
keindahan itu tiada apa nilainya..aku tinggalkan indah itu..
kerana indah yang aku lukis itu hanya pandangan..
hanya tanpak pada mata..
sedangkan indah pada kamu cinta..indah itu selalu tahu..
tak kira aku dalam keadaan apa,tidak kira aku jatuh lalu sakit
bagaimana kamu sentiasa terus mengindahkan aku...

terima kasih keindahan..dengan kamu hidup aku indah..

Thursday 24 November 2011

Cerita tentang Nuraini..

seingat aku..cinta itu hari dari aku dalam sematan perut ibu..kasih dari bapa..cinta dari dua insan yang aku gelar abah dan mama berkat rezeki dari Tuhan maha esa aku dilahirkan..di sayangi dari celahan tengah2 dari lima beradik..lalu dipanjangkan umur aku sehingga aku dewasa..kasih dari keluarga di tambah oleh Allah dengan kehadiran cinta dari nuraini..berkawan pada asalnya..dari gua lu gua lu..aku kau..hang aku..cinta itu tersemat dalam...dalam sedalamnya di hati ini..28/08/2005 aku membuatkan tindakkan berani dengan mengatakan cinta pada nuraini..setiap kali aku menyebut nama penuh kekasih hati ini..aku terbayang musim luruh indah sekali daun2 beguguran jatuh,burung renet berkicauan riang..hati menari gembira..dia memberikan aku rasa seperti aku berada dalam satu takuk yang orang lain tiada...sepi berangin riang..tidak mendung,tidak panas..sungguh selesa..

Bercinta dengan nuraini..ibaratnya aku dalam mimpi indah yang tiada hujungnya..umpama pagi menjelang matahari terbentang mata terbuka luas tapi otak masih sambung bermimpi indah..saat aku dan dia selama bertahun lama nya umpama sehari kami bercinta..setiap satu satu dalam diri dia..ada jiwa jiwa yang aku sayang..
dan dalam setiap jiwa jiwa yang aku sayang itu ada istimewa yang mengembirakan aku...nuraini umpama sesuatu di sebalik sesuatu..jika gelap itu aku..putih itu dia..jika bosan itu aku gembira itu dia..jika sejuk itu aku panas itu dia..dia sentiasa menjadi berlawanan dari apa yang aku ada...ada juga kata2 dari mata2 yang tak segan bertanya.."kamu dengan dia jauh berbeza..kenapa dia??" setiap kali ada kata bergitu..aku mengukir senyum..teringat dekat nuraini hati bergolak senang..aku jawap soalan itu dengan kata..kalu setengah itu separa bulat kan.?? lalu kalu aku ambil lagi satu separa bulat yang sama lekuknya tidak berlawanan agak2 separa bulat tu jadi satu bulatan yang sempurna tak??..mata itu tadi jadi sepi..aku senyum dan beredar..itu lah ainee sentiasa menjadi balikkan pada aku..dengan ainee aku umpama siap 100%..

cinta dengan nuraini Allah izinkan sehingga aku melamar dia pada 1 may 2010..lalu kami bertunang pada 05/12/2010...alhamdulillah..syukur pada 28/10/2011 aku diakadkan dengan nuraini..dengan sekali lafaz..alhamdulillah..kini nuraini menjadi isteri..aku sangat sangat bahagia..syukur ke hadrat illahi..dia sentiasa mengembirakan..setiap pagi aku dapat melihat wajah dia senyuman dia..dan masakkan enak dari dia..setiap hari dia tidur berbantalkan lengan aku..menatap wajah dia dalam pelukkan aku sebagai isteri..tiada apa yang lagi bahagia dari ini..aku sangat bersyukur dan bermohon agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..amin

terima kasih nuraini..kamu sangat indah..kamu sentiasa aku sayangi tahu..terima kasih Allah atas kurnia isteri yang baik kepada aku...

Monday 3 October 2011

CAHAYA

Saat aku menoleh di sebelah apa yang aku tiada...
aku umpamanya menoleh dengan rasa yang gembira..
dari cahaya mata kamu..dari apa yang ada pada kamu
jiwa khususnya..aku umpama di dendangkan dengan
seribu bahasa lagu yang aku amati..lagu lagu yang mendayu
didendangkan di telinga lalu menusuk hati...
senyuman kamu itu boleh buat aku gila barangkali..
manis umpanya aku di timpa dengan gula2 kapas yang
besarnya aku tidak penah bayangkan..

cerianya kamu itu sayang..umpama apa yang tidak pernah aku
saksikan..umpamanya aku berjalan di keindahan di mana
unggas-unggas berkawan kawanan menyanyikan lagu lagu cinta..

hati kamu yang aku paling suka...tiap kali aku menusuk dalam
hati kamu apa yang aku pandang adalah kejujuran..aku sayang
hati kamu..hati kamu penuh dengan warna..dan aku jumpa
sayang dalam hati itu...

terima kasih wahai sayang yang berjiwa...aku sayang kamu.

Wednesday 28 September 2011

apa yg membezakan aku dengan kamu adalah rasa..
rasa yang aku terima contohnya masin bila aku memamah garam
sedang kamu dalam keseronokkan dalam kemanisan gula..
sama juga seperti langkah2 aku ini yang selalunya jatuh sebelum mula
sedangkan kamu sudah tiba di sana...

namun aku percaya itu sementara..biarlah aku merasa dulu nikmatnya
masin itu sebelum aku dalam kenikmatan gula..
biarlah aku merasa jatuh dulu agar aku tahu erti besyukur,...
biarlah aku merasa pahit dulu seperti pahitnya hempedu..
kerana dari pahit itu datangnya penawar buat aku...

sedangkan kamu berseronok di sana..langsung tidak pernah jatuh..
dan jika kamu jatuh mesti terus terduduk..meraung menangis..
menempelak dengan sakit mu itu..

Tuesday 20 September 2011

INGIN

ingin sahaja aku berdiri tanpa goyah..
melangkah tanpa getar.
melonjak dengan jauh..
jauh nun di atas sekali...

ingin juga aku terbang sesekali..
terbang jauh dari kesesakkan duniawi
yang kini hanya diwarnai dengan bongkah - bongkah
dan lapisan - lapisan kekayaan yang manusia cipta..

ingin sekali aku ubat hati ini..
lantas pulih dari tompok - tompok hitam
yang asalnya dari sakit,dari iri..dari amarah ini
yang kian mencelakan diri aku

ingin aku buang semua itu agar aku bersih

....mata terbuka..bibir mengukir2 senyum..telinga menerima
tapi hati..

hati terasa..
maafkan aku..kerana sering jauh dari diriMU
maafkan aku kerana selalu alpha dengan tintitan tintitan dunia..
maafkan aku kerana sering selalu ikut kata hati tanpa mengikut MU
maafkan aku kerana kurang saja aku menyebut nama MU
maafkan aku kerana kurang mengingati MU

aku hilang diri aku bila aku senang atas kurnia Mu ya Tuhan
aku lupa itu Kurnia dari Mu..
lalu saat aku merangkak sukar..aku menyebut2
dan memanggil2 nama Mu Tuhan.

aku manusia yang sering alpha..

tetapkan hati ku ya Allah..

Thursday 18 August 2011

Kamu yg selalu ada..

hari ini aku rindu kamu lagi...
aku tak tahu..tapi jika di hitung di congak dan dikira
aku juga tidak tahu bilanggan nya berapa cinta...
....kamu sentiasa menerbitkan rasa....
seperti mana seronoknya aku dengan warna2....
 yang aku suka hias seperti selalu....
bersama kamu umpama aku melukiskan sesuatu yg indah,
 yang tidak terperi nilainya...
nilainya kamu itu....
nilainya kamu itu tidak dapat di samakan..
dengan apa apa kekasih....
cinta nama kamu,kasih panggilan mu,..
terima kasih sayang...hampir 6 tahun waktu itu berjalan bersama kamu
tapi umpama semalam aku berkasih dengan kamu..tidak puas aku
dalam meneliti waktu ini..aku ingin selalu dengan kamu yg selalu
memenuhi aku..cinta..aku cinta kamu..

Monday 25 July 2011

aku..aku bukan la penyajak,
yang layaknya bijak mencipta beribu bahasa yang kau suka
mahupun seorang pensyair yang dapat mengalunkan bahasa
dengan penuh kata kata mewah dari bibir..
aku hanyalah satu jasad yang berroh...
berjalan atas paksi yang sama..meneliti pada tanah
yang sama seperti kamu,meghela nafas2 ringan dari udara
menjunjung langit yang berlapis tujuh..
hidup dalam ketelitian waktu...

aku manusia hanya manusia..
berdarah merah sama seperti kamu..
membuat salah pada pada waktu yg sering memutarkan masa..
kadang kadang aku jatuh juga..tapi kamu..
iya kamu..datang hampiri aku selalu bukan?
tarik tangan aku yg jatuh ini..kadang2 turut sama menangis
dengan kesedihan masa aku..
indah nya kamu kekasih, tidak pernah lari dari aku..
kamu umpama unggas yang sering kali hinggap ke bahu aku tanpa lari..
indah kamu..dalam hati aku..tidak terperi
...
jika..jika sinar air di laut itu datang nya dari matahari,
tatkala gembira nya hati aku kerna datang nya dari gembiranya kamu.

titik.

Tuesday 19 July 2011

INSAN INI PENUHI AKU

nama mu itu sudah pun menunjukkan cahaya,
aku meneliti kamu setiap hari agar aku tidak sepi,
aku di sini bukan untuk meninggi ninggikan kamu,
tapi hanya maluahkan rasa yang aku terima dari kamu

jasad kamu memang satu,tapi jiwa kamu berbelah sepuluh,
setiap satu satu dari sepuluh itu aku sayang..
hati aku yang selalu sepi ini..yang selalu nya kosong ini..
berisi penuh dengan jiwa-jiwa dari kamu..

terima kasih..
atas hadir kamu untuk aku...
aku yang kadang2 alpha ini,
aku yang kadang2 tidak memahami ini
beruntung sekali dengan adanya kamu disisi,

kamu..bagaikan rusuk aku yang hilang itu..
melengkapi aku..perjalanan aku...
alhamdulillah...aku bersyukur..
kamu..penuhi aku..

Tuesday 12 July 2011

Tentera Biasa Ikut Panglima.

Tiga Panglima Berkuda..
Meniup Angin ajakkan..
tentera ikut belakang..
tiba satu gaung..
panglima suruh terjun..
tentera tak tahu apa..terjun ikut kata..
yang mati tentera,...yang berkuda
tetap duduk dengan selesa...

lumrah adat manusia berdarah merah.
mengikut apa di kerah..
ada otak berbelah dua..
disawang-sawangkan tidak diguna..

Sunday 10 July 2011

Mesin Masa Tiga Jarum.

mesin masa tiga jarum.
satu2 berputar..
satu satu memenuhi ruang masa.
tiga2 penting..
jarum yang paling pendek..
menunjukkan angka2 masa..
dari 1 kamu kesitu hingga ke dua belas yg akhir..
jarum kedua panjang sedikit...mempecahkan angka
dari satu ke enam puluh..satu2 kamu hitung kamu kira..
jarum yang terakhir biasanya berbeda warna..habang..
laju antara jarum yg lain tadi..paling penting adalah dia

sejurus mesin ini dicipta...
kita menghitung dan mengira..jika dulu
di ukur dari cahaya angkasa..kini dari jarum tiga..
mengejar-mengejar kamu waktu itu..
sampai terseradung tak sedar diri..
sedang kamu sedang rugi..yang lain peroleh
apa yang kamu kejar tadi..

Kamu Terbangkan jiwa Aku

aku termenung lagi..melihat mesin masa tiga jarum
mendengar rindit rindit saat...
aku tunggu kitaran masa satu lagi..
percuma masa aku aku bazirkan..

dengan melihat lorong lorong masa yang sunyi..
aku tak suka sunyi
sepi...
benci aku perasaan itu...
manusia 10 jiwa itu terbang minggu ini..
hari tiga baru pulang..tak semangat aku..
kalu di ikutkan hati aku mahu terbang sekali..
melihat jiwa yang aku sayang itu...

semoga ruang waktu aku laju..
deras,supaya aku tidak terlalu 
rindu kamu...

jaga diri mu wahai kasih berjiwa 10..
aku di sini sayang kamu...

Tuesday 5 July 2011

MANUSIA 10 JIWA

Aku jumpa manusia..
1 jasad 10 jiwanya...

jiwa yang satu..sahabat dan kekasih namanya
jiwa yang kedua..pelupa dan lekas pemaaf tapi sukar
dia lupakan..
jiwa yang ketiga..cergas tapi tidak petah, disenangi,
jiwa yang keempat..murah dan naif hatinya..
jiwa yang kelima..sentiasa mengalakkan tidak lupa keras
bangkangannya..
jiwa yang keenam..egonya tinggi yang selalu jatuh aku..
jiwa yang ketujuh...jiwa yang ini mewarnakan aku
..gelaknya,gayanya..indah..
jiwa yang kelapan..tegap pendiriannya..
jiwa yang kesembilan sayangnya pada sekeliling tinggi..aku suka.
jiwa yang kesepuluh dia mencairkan aku..

alhamdulillah..aku bahagia berjumpa manusia ini...aku rasa penuh dengan dia
ya Tuhan..syukur aku..

RUANG

Aku berdiri..tinggi ak memandang..
dalam ketinggian yang aku pandang itu.
aku terasa ak dalam satu ruang datar yang besar..
luas..tak nampak hujungnya..
kalau menjerit..bergaung..tapi rasanya orang tak dengar..

Aku duduk terpaku..nak menangis??
percuma air mata aku jatuh..jiwa mana yg akan dengar??
tertunduk ak mengenang nasib..
sepi...sepiii...mati hati aku...

aku bangun dari duduk tadi..
lemah sedikit..kekok kaki ku..tapi bernafas
aku mampu..lalu aku sampahhkan semua itu..
kata kata yang kurangnya lebih dari menyumpah,
kata kata yang memati hati..aku bakar
biar jadi abu kata orang..

lalu aku hias ruang yang besar itu..
aku cuba carik hujungnya..penat??
biar penat asal hati puas..
janji aku tak rasa aku tak cuba.
Janji aku tak mati dengan tanda tanya..

titik..
 .

Monday 4 July 2011

KADANG KADANG

kadang kala kita merengek lupa mengucap,
kadang kadang kita dalam gelap kita gelabah cari cahaya,
kadang kadang kita dalam lumpur kita kotor kita tak sedar
kadang kadang kita duduk tapi kita ingat kita sentiasa berdiri
kadang kadang kita cuma melompat,tapi kita sangka kita terbang
kadang kadang kita cuma pegang sebata tapi kita rasa kita pegang seangkasa
kadang kadang kita pikir kita nampak tapi kita tak sedar kita buta..
kadang kadang kita fikir kita raja..tapi kita lupa raja pun manusia..
kadang kadang kita fikir kita menang tapi kalah sebelum mula..
kadang kadang kita rasa kita setia tapi sebenarnya kita curang disisi DIA.

Ke Kadangan ini hanyalah apa yg kita rasa sebenarnya utk meletakkan kita
dalam satu ingatan yang selesa tapi sebenarnya kita selalu begitu..
kerana apa?? kita kan manusia...

Tiada Tajuk

kadang - kadang yang aku nampak itu hitam...
kemudian berubah coraknya
menjadi.
putih...lalu ak melihat pula ke arah berbeda dari sebelumnya
dan yang aku lihat..putih...putih ini bergolak kepada gelap,
lalu menjadi hitam..lalu ak tersengih..dan terus meniti masa
yang berjalan..aku lihat..dari prisma warna yg berbaki kan warna
yang hanya sementara itu..ak dalam dunia yang aku cipta..
sedangkan sepatutnya ak di dalam dunia yang harus aku lalui..
tersentak aku pada masa yang sama,lalu aku bangkit..bangkit dari
dunia yang ingin aku teruskan mimpinya.. berdiri aku mendongak
dengan penuh rasa lemah..aku berlutut..dan menyampaikan apa yg
aku rasa..

Wednesday 15 June 2011

AINEE..


video yg ak buat untuk kekasih kawan baik,cinta,dan segala2nya utk ak..huhu da nak kawin da kiteowang...huhuhu

Yellowww ~


ini la orang panggei kerja separuh jalannn....tak caya??tgk jari beliau...hahaha ade cincin pertunangan gitu..
hahahahaha

Tuesday 14 June 2011

Old n old

orang tua yang ak cerai2kan selepas ak edit.. terima kasih google atas gambar..

KElompokk..bukan keropokk

hidup berkelompok.. dalam kelompok.. di kelompok yg sama..

hidup berkelompok..
hidup berkelompok ni bagus..ada positif negetif..ada hitam putih ada kaler2 yang akan kau kongsi bersama..akan tetapi..bila kau
hidup berkelompok akan selalu ada percanggahan pendapat..maklumlah dalam kelompok bukan ertinya kau sendiri..tapi secara kumpulan..
dan setiap apa yg kau pandangkan..setiap kau bicarakan ada yang akan menegur
dan itu bagus bukan..bagus utk pembaikan diri dan kepentingan dalam kelompok

Dan apa bila kau dalam kelempok ada jgk yg tidak bagus nya..ini jadi biladalam satu kelompok ada ketua..ketua ini pulak jenis tak mendengar pandangan komuniti lain dan ketua ini yg membicarakan segala2nya
pendapat,cadangan,dan kata2 bernas mahupon tidak bernas sentiasa akan di terima pakai oleh komuniti dalam kelompok.. dan bagi komuniti yg lain yg ingin bersuara??? hilang suara,,yg mampu menundukkan kepala..kerana apa..nak di tegah kau hanya satu..sedangkan kau dalam satu kelompok..yg bermaharaja lela..tu yg di atas sana..bersuara lantang
mencipta apa yg dia nak cipta..dan pandangan komuniti ini tadi,..akhirnya menjadi omongan kosong
antara mereka..


dan oleh itu kelompok ini tadi yg asalnya.. bagus berwarna2 bertukar menjadi kelompok yg berlainan..diikat
pemikaran komuniti dalam kelompok kerana..ada ketua... dan akhirnya kita di dalam kelompok yg
sama..di mana.. di mana kau berpusing..di mana kau berlari..bersuara..menari kau tetap dalam kelompok tu
pemikiran kau kat situ..terbatas dekat situ...

mcm tu jgk bila kau bekerja dalam satu2 organisasi..hidup kau dalam negara..dalam kumpulan kecil atau besar..kau dalam kelompok dan akhirnya kau merana..kerana kelompok yg kau duduk menjadikan kau bahan yg hanya boleh tunduk...dan hanya berkata dalam omongan kosong.."kata salah seorang penduduk planet Unun.."

Berita dari APANAMA

Thursday 2 June 2011

Mr.Robato


Robo atau nama sebenarnye askeleenn en en..hahahaha ak buat masa tengah bosan2..