Monday 10 December 2012

Cinta buat kamu isteri

kasih.... kasih yang bersulam cinta ini, kasih yang emasnya tidak luntur ini..
semuanya datang dari maha pencipta..dari dia aku datang kepada dia jua lah akan aku
kembali..

Dengan izin Rabb yang maha esa.. dengan segala puji-pujian ke atas Nya, dengan
segala rahmat dan kasih sayang dari dia Maha pencipta..di pinjamkan kasih sayang kepada aku
melalui melalui seorang insan yang kini bergelar isteri, dan tetap seorang kekasih, seorang teman
baik, seorang yang sentiasa menyokong susah dan senang aku dan sentiasa ada jika aku tersesat..

Cinta... luas sungguh cinta yang di cipta untuk aku..
kadang kala rasa terbeban diri ini dengan apa yang tidak aku kerjakan..

kasih.. indah sungguh kasih yang aku perolehi..
kadang aku rasa sungguh selesa terbuai dengan nikmat kasih dari dia ini ya Tuhan.

Sayang.. Kuat sungguh sayang yang besalut dalam diri ini..
kadang aku rasa takut satu hari hilang sayang ini..

insan...Insan yang menjadi rusuk kiri ini ya Tuhan..
indah...cukup indah..satu satu indah,..tiap tiap apa yang ada pada dia indah..

Aku bercerita tentang cinta dari masa ke masa..sentiasa ada titipan buat dia sang kekasih..
kekasih yang berjuta jiwanya..sampai kadang kala aku tak terbaca jiwa jiwa nya yang indah itu..
cinta yang aku titipkan ini..aku selitkan doa untuk kamu kekasih..agar satu hari nanti ketika mana
kita di hujung sana..di alam kekal milik Tuhan, aku tetap bersama kamu..seperti biasa minum di gelas yang sama..kamu tidur di lengan yang sama..dan aku kekal bersama kamu.. menghayati indahnya alam yang indah itu..berdua.. Insya Allah.. aku sentiasa mendoakan kebaikkan buat kamu sang isteri.. di dunia dan akhirat.. sbb aku cinta kamu..

Wednesday 8 August 2012

saat ini....

terjatuh air mata ku satu satu..yang satu satunya berderai mencecah bumi
di dalam penjara yang mana banduannya berbaju hijau..aku yang deras melangkah
di susuli rasa tidak senang tiap kali kamu di dalam itu..
 ini kali kedua dugaan sebegini datang menerpa..tiap kali kamu di situ
yang mana tiap senyuman dari kamu terukirnya menyorokkan satu satu apa yang kamu rasa
tujuan kamu utk menipu aku di kala mana aku berpura2 tidak tahu
aku bukan bodoh kekasih..aku tahu sakit yang kamu tanggung itu..
berapa pandai pon kamu bermain dengan reaksi sempurna gembira pada muka..
tapi mata kamu sungguh tidak pandai menipu..aku sentiasa tahu apa kamu rasakan
......

ingin sahaja aku membawa kamu ke tempat paling tinggi waktu ini berdiri berdua
berpegang tangan biar yang sibuk itu terus sibuk..janji aku ada dengan kamu berdua..
ingin sahaja aku suruh kamu menjerit..aku menjerit melepaskan rasa sedih masing2..
aku tahu kamu ingin sekali sebegitu....

tiap kali aku pegang tangan kamu wahai kekasih yang berjiwa,,hati aku terus meruntun sayu..
setiap lukisan yang aku lakarkan buat masa ini semuanya jadi celaru tiada gembira..
aku pula terpaksa disini sedang kamu ditahan disitu..
di depan kamu aku ketawa di belakang kamu aku menangis..
Ya Tuhan kuatkan aku..kuatkan dia..

Namun aku berpegang pada takdir tuhan, Dia yang Esa itu takkan memberikan ujian
yang tidak dapat kita galas..Kuatkan iman ku ya Allah..sembuhkan isteri ku..
Nuraini..

Tuesday 12 June 2012

aku..risau..aku bagaimana..

kadang kala disaat aku mundur..aku terlangah..tersembam,jatuh yang hampir berderai,
sakit pedih aku menjerit umpama tiada lagi kedengaraan suara ku ini,kamu memainkan lagu lagu yang berjuta bahasa penuh dengan perhati rasa rasa yang aku sendiri tidak mampu bernyanyi sebegitu,dengan penuh rasa merdu kamu membangkitkan aku dari rasa sakit itu hingga satu satu hilang dalam rasa pekat hitam yang datang..hingga aku tidak terlengah untuk bangun,hingga aku berdiri mampu melompat tinggi hingga hujung jari ku menyentuh angkasa..indah..indah sekali diri kamu itu,

walau kadang kadang aku yang penuh dengan kurang ini menyuarakan yang aku paling elok,sedang tiada satu pon elok tentang aku,kamu menongkat aku dengan sokongan.sedang aku menjerit murka kadang tanpa apa2 rasa sebab..kamu lembut menjawap penuh dengan rasa hormat..kadang2 aku lupa aku ini siapa..kamu datang dengan nota cerita yang aku ini siapa sebenarnya..jika yang sepuluh yang buruk itu datang menolak kamu..akan aku datang menolak yang sepuluh itu..

jadi jaga lah diri kamu supaya aku dapat merasa cinta kamu dengan selalu,perhatian kamu dengan selalu,tawa tawa riang dari kamu,cerita mimpi2 merepek kamu yang indah, supaya pelukan aku sentiasa terisi dengan kamu,dan ukiran senyuman kamu yang aku puji dan rindu selalu

cinta..kamu teman dunia dan akhirat aku..satu..tetap satu.. 

Tuesday 29 May 2012

ISU MEREPEK

Dulu..masa aku kecik kecik dan comel
aku tak pernah pk pasal politik tak kisah la pasal apa pon
pasal jamban tak bagus ke..pasal nak tukar tayar kereta api kepada yg ada tiub ke
sume tu aku persetankan slamber je..biarlah diorg nak makan rasuah ke janji aku masa tu
hidup rilek je makan aiskrim..

tapi skrang..semua orang di sekeliling aku bercerita pasal politik..cerita itu la ini lah
mana yang gaduh pasal BR1M tak cukup bg la mana yg bising pasal Bendera itu tak cukup lawa la
itu la ini la..semua..dari ke timah joyah bedah.senah,makcik kiah..semua semua..
termasuk la isteri aku sendirik...tapi serius aku lebih suka dan bersembang pasal politik dengan isteri aku lagi
dari pada sembang dengan orang lain pasal politik pasal yg lain tu akan tuduh dan isteri aku akan sembang benda tu berdasarkan fakta yang dia dan lecture dia kaji..jgn memain hahahaha..

tadi aku tersentak bila orang tanya aku sokong mana..aku dalam kumpulan parti mana..aku akan cakap aku tak amik tau pasal politik..bila kau da jadi muda belia gagah perkasa dan ditakuti umum kau jgn espek org akan jawap "bgs la kau ni mcm ni la kita jgn amik tahu pasal politik..semua ni tipu" not in the million years la orang akan cakap begitu..hahaha mimpi mimpi..dan seperti kelaziman manusia yg di kecil kecilkan..mereka akan berkata begini..
kau ni tu sbb la bangsa kita jauh kat belakang..sbb apa sbb orang mcm kau la tak amik tau..tak amik kisah..
tak perjuangkan benda yang betul..kau ni kena amik tahu....smbil muka serius jari kena mcm ahli politik point muka org yg kene bebel..kening pulak kene rekut sikit menunjukkan serius... aku senyum.. masalahnya begini...

aku tak kata aku tak amik kisah..aku baca paper..aku berkawan dengan orang orang yang boleh dikatakan ilmu politik dia tinggi..yang menentang pon ada yang tgh berkuasa pon ada..cuma aku taknak berkata kosong..fitnah sana sini..cerita benda yg  betul ke tidak yang sumbernya entah kat mana..cerita yang bukan bukan mengaitkan agama orang..kita ni siapa???aku ni siapa nak persoalkan benda2 yang tak sahih ni.. kau nak kata kita kena lah bercakap apa yang orang ckap pasal si polan si polan ni dia mmg buat benda tak baik..minggu lepas dia curik tabung dana untuk bina tandas awam..bukti?ada?takda....

berpolitik la mcm mana pon nak politik tapi jgn sendakan agama..mcm mana org nak respek agama kita kalau kita pon senda senda kan agama... kita bergaduh dalam gelanggang sakit2 orang lain tepuk tangan seronok..komon bro...gua bukan bodoh..gua cuma senyap..
hahahahahhaa..lg pon apa sangat lah yg kau buat utk negara??duit ptptn pon tak habis bayar kau nak cakap itu ini..hahahahahah

AINI

aini..nuraini..
tiap kali aku menyebut nama kamu..
segala bayangan indah itu datang..
tak kira cepat atau lambat..tak kira jauh atau dekat..
tak kira yang lalu atau yg di depan
segala bayangan itu..indah...
cukup indah

tak terisi dengan kata kata yang di cipta
oleh sang penulis..
tiada yang indah dari lukisan sang pelukis
kamu membuatkan mereka jatuh dengan
hati hati kamu..

kawan...
dari saat kita berstatus kawan..
hingga kita kekasih,lalu menjadi ikatan
kamu tetap kawan,yang tahu sedih aku,
yang tahu buruk aku,
yang sentiasa membuatkan aku tahu..
jika aku jatuh kamu ada menyambut..

kekasih...
aku bercinta dengan kamu tiap saat
tidak pernah satu saat pon aku tergelincir dari perasaan cinta itu..
kamu mmg gila..

isteri..
kamu akan sentiasa dalam pelokkan aku..
aku sentiasa sayang kamu..dan kamu perlu tahu itu..
jadi jagalah diri aku akan sentiasa di sisi kamu..
kuat atau lemah,jatuh atau rebah..aku janji..aku
ada disisi..

Tuesday 17 April 2012

Cinta..kekasih berjiwa sepuluh yang tabah..

Ingat lagi pada si jasad indah berjiwa sepuluh??
kisah cinta aku dan dia..yang mana tiap2 satu jiwa dia meruntun jatuh hati aku ke daerah indah?
cinta..jiwa dia sangat kuat..ssh nak jatuh..susah nak rebah..
kadang2 aku menepuk dada berkata gagah tetapi selalu lemah berbanding dia..
satu satu dia hadapi tenang sahaja jiwa dia..si jiwa sepuluh yang ku liberitasi pada itu hari
jiwanya berjuta bukan terhad pada sepuluh,..sangat tabah,.tak pernah tunjuk sakit..tak pernah tunjuk sedih..
walaupon aku tahu kadang2 yang dia tanggung itu bebannya bukan satu..tapi dia tenang macam semua berakhir bagai begitu..aku menangis dia tersenyum...aku sangat sayangkan kamu wahai isteri..
jangan risau tatkala kamu dengan dugaan apa pun aku ada di situ..tolong menunggu,tolong membantu,
si kecil kita mmg tiada lagi tapi akan ada suatu hari..Yang Maha mengatur Yang Maha Mengasihani ada dengan kita..sesuatu yang baik sedang diaturkan utk kita..aku sayang kamu dan Tuhan itu sayang kita..dugaan itu tidak seberapa jgn khuatir..kamu kuat kerana kamu berjiwa tabah dan berjuta..

Thursday 5 April 2012

Aku jeles mereka kaya

Hari ni aku bangun..pergi kerja mcm biasa..mandi dengan cebokkan air yang biasa...
bersiap seperti biasa..bawak kereta ikut jalan biasa aku lalui..mendongak ke langit dari tempat yang sama..
parking di tempat yang sama..menekan keyboard yang sama hari2..jadi apa yang berubahhh?? hari..masa...benda yang biasa kita lakukan hari2..
kadang2 membuatkan kita berfikir...merungut,.kadang2 kita kecewa melihat orang lain yang mandinya guna shower yang boleh membuatkan tulang mengigil atau hangat selesa.,kecewa melihat orang lain mampu bawak jentera2 mewah yang bunyinya tiada tapi perginya laju..yang mana jentera kita hanya berbunyi nyaring mcm nak mati tapi pergi mcm siput babi.dan tarikkan hanya pada bunyi...kita cemburu tatkala orang lain mampu mendongak menunjuk langit yang lain dari kita lihat di tempat yang lain..sambil berfoto melompat2.. kita hanya mampu memegang kemera mengembungkan mulut dan membuat peace??hahaha..

tapi tatkala kita bercongak-congak dengan kemewahan yang kita ada..kesenangan yang tidak kita kecapi..pernah tak kita tgk manusia2 yang mana bawah dari kita..yang mana dikala kita sibuk menekan keyboard di dalam bilik sederhana bekerja atau lebih tepat membaca twitter,facebook, mereka membuka bungkusan sampah makanan kita semalam mencari tin2 kotak2 sampah yang bagi mereka duit..tatkala kita sejuk  mereka dibawah masakkan matahari..kita sibuk memikirkan jenama apa yang kita ingin beli esk lusa sedang mereka basuh baju yg lusuh,hapak janji sarung tutup yang penting..

apalah sangat yang kita kurang..berbanding yang lagi kurang dari kita.cukup oklah dengan apa yang ada..Alhamdulillah..bersyukur..