Wednesday 8 August 2012

saat ini....

terjatuh air mata ku satu satu..yang satu satunya berderai mencecah bumi
di dalam penjara yang mana banduannya berbaju hijau..aku yang deras melangkah
di susuli rasa tidak senang tiap kali kamu di dalam itu..
 ini kali kedua dugaan sebegini datang menerpa..tiap kali kamu di situ
yang mana tiap senyuman dari kamu terukirnya menyorokkan satu satu apa yang kamu rasa
tujuan kamu utk menipu aku di kala mana aku berpura2 tidak tahu
aku bukan bodoh kekasih..aku tahu sakit yang kamu tanggung itu..
berapa pandai pon kamu bermain dengan reaksi sempurna gembira pada muka..
tapi mata kamu sungguh tidak pandai menipu..aku sentiasa tahu apa kamu rasakan
......

ingin sahaja aku membawa kamu ke tempat paling tinggi waktu ini berdiri berdua
berpegang tangan biar yang sibuk itu terus sibuk..janji aku ada dengan kamu berdua..
ingin sahaja aku suruh kamu menjerit..aku menjerit melepaskan rasa sedih masing2..
aku tahu kamu ingin sekali sebegitu....

tiap kali aku pegang tangan kamu wahai kekasih yang berjiwa,,hati aku terus meruntun sayu..
setiap lukisan yang aku lakarkan buat masa ini semuanya jadi celaru tiada gembira..
aku pula terpaksa disini sedang kamu ditahan disitu..
di depan kamu aku ketawa di belakang kamu aku menangis..
Ya Tuhan kuatkan aku..kuatkan dia..

Namun aku berpegang pada takdir tuhan, Dia yang Esa itu takkan memberikan ujian
yang tidak dapat kita galas..Kuatkan iman ku ya Allah..sembuhkan isteri ku..
Nuraini..