Wednesday 28 September 2011

apa yg membezakan aku dengan kamu adalah rasa..
rasa yang aku terima contohnya masin bila aku memamah garam
sedang kamu dalam keseronokkan dalam kemanisan gula..
sama juga seperti langkah2 aku ini yang selalunya jatuh sebelum mula
sedangkan kamu sudah tiba di sana...

namun aku percaya itu sementara..biarlah aku merasa dulu nikmatnya
masin itu sebelum aku dalam kenikmatan gula..
biarlah aku merasa jatuh dulu agar aku tahu erti besyukur,...
biarlah aku merasa pahit dulu seperti pahitnya hempedu..
kerana dari pahit itu datangnya penawar buat aku...

sedangkan kamu berseronok di sana..langsung tidak pernah jatuh..
dan jika kamu jatuh mesti terus terduduk..meraung menangis..
menempelak dengan sakit mu itu..

Tuesday 20 September 2011

INGIN

ingin sahaja aku berdiri tanpa goyah..
melangkah tanpa getar.
melonjak dengan jauh..
jauh nun di atas sekali...

ingin juga aku terbang sesekali..
terbang jauh dari kesesakkan duniawi
yang kini hanya diwarnai dengan bongkah - bongkah
dan lapisan - lapisan kekayaan yang manusia cipta..

ingin sekali aku ubat hati ini..
lantas pulih dari tompok - tompok hitam
yang asalnya dari sakit,dari iri..dari amarah ini
yang kian mencelakan diri aku

ingin aku buang semua itu agar aku bersih

....mata terbuka..bibir mengukir2 senyum..telinga menerima
tapi hati..

hati terasa..
maafkan aku..kerana sering jauh dari diriMU
maafkan aku kerana selalu alpha dengan tintitan tintitan dunia..
maafkan aku kerana sering selalu ikut kata hati tanpa mengikut MU
maafkan aku kerana kurang saja aku menyebut nama MU
maafkan aku kerana kurang mengingati MU

aku hilang diri aku bila aku senang atas kurnia Mu ya Tuhan
aku lupa itu Kurnia dari Mu..
lalu saat aku merangkak sukar..aku menyebut2
dan memanggil2 nama Mu Tuhan.

aku manusia yang sering alpha..

tetapkan hati ku ya Allah..