aku seorang pelukis...melukis itu gembira bagi aku..
aku sentiasa mencari sesuatu yang indah untuk aku lukis..
dan dalam ketelitian aku mencari yang indah itu kamu
sentiasa bersama aku..
kadang2 untuk mencari yang indah itu..aku dan kamu
perlu naik setinggi yang mampu..
sedang aku jauh tertinggal di belakang kamu datang
menghulur tangan..terus aku naik..
kadang2 kita jatuh sekali..sakit..
kadang2 aku tersesat lalu kamu terus datang seperti selalu
menokah arus bersama aku menunjukkan jalan yang mana perlu..
bila aku sampai ke atas sekali dalam apa yang aku perlu..
keindahan itu tiada apa nilainya..aku tinggalkan indah itu..
kerana indah yang aku lukis itu hanya pandangan..
hanya tanpak pada mata..
sedangkan indah pada kamu cinta..indah itu selalu tahu..
tak kira aku dalam keadaan apa,tidak kira aku jatuh lalu sakit
bagaimana kamu sentiasa terus mengindahkan aku...
terima kasih keindahan..dengan kamu hidup aku indah..
Terima kasih kekasih kerana pilih aku jadi cintamu
ReplyDelete