Wednesday 30 November 2011

AKU SEORANG PELUKIS

aku seorang pelukis...melukis itu gembira bagi aku..
aku sentiasa mencari sesuatu yang indah untuk aku lukis..
dan dalam ketelitian aku mencari yang indah itu kamu
sentiasa bersama aku..
kadang2 untuk mencari yang indah itu..aku dan kamu
perlu naik setinggi yang mampu..
sedang aku jauh tertinggal di belakang kamu datang
menghulur tangan..terus aku naik..
kadang2 kita jatuh sekali..sakit..
kadang2 aku tersesat lalu kamu terus datang seperti selalu
menokah arus bersama aku menunjukkan jalan yang mana perlu..
bila aku sampai ke atas sekali dalam apa yang aku perlu..
keindahan itu tiada apa nilainya..aku tinggalkan indah itu..
kerana indah yang aku lukis itu hanya pandangan..
hanya tanpak pada mata..
sedangkan indah pada kamu cinta..indah itu selalu tahu..
tak kira aku dalam keadaan apa,tidak kira aku jatuh lalu sakit
bagaimana kamu sentiasa terus mengindahkan aku...

terima kasih keindahan..dengan kamu hidup aku indah..

Thursday 24 November 2011

Cerita tentang Nuraini..

seingat aku..cinta itu hari dari aku dalam sematan perut ibu..kasih dari bapa..cinta dari dua insan yang aku gelar abah dan mama berkat rezeki dari Tuhan maha esa aku dilahirkan..di sayangi dari celahan tengah2 dari lima beradik..lalu dipanjangkan umur aku sehingga aku dewasa..kasih dari keluarga di tambah oleh Allah dengan kehadiran cinta dari nuraini..berkawan pada asalnya..dari gua lu gua lu..aku kau..hang aku..cinta itu tersemat dalam...dalam sedalamnya di hati ini..28/08/2005 aku membuatkan tindakkan berani dengan mengatakan cinta pada nuraini..setiap kali aku menyebut nama penuh kekasih hati ini..aku terbayang musim luruh indah sekali daun2 beguguran jatuh,burung renet berkicauan riang..hati menari gembira..dia memberikan aku rasa seperti aku berada dalam satu takuk yang orang lain tiada...sepi berangin riang..tidak mendung,tidak panas..sungguh selesa..

Bercinta dengan nuraini..ibaratnya aku dalam mimpi indah yang tiada hujungnya..umpama pagi menjelang matahari terbentang mata terbuka luas tapi otak masih sambung bermimpi indah..saat aku dan dia selama bertahun lama nya umpama sehari kami bercinta..setiap satu satu dalam diri dia..ada jiwa jiwa yang aku sayang..
dan dalam setiap jiwa jiwa yang aku sayang itu ada istimewa yang mengembirakan aku...nuraini umpama sesuatu di sebalik sesuatu..jika gelap itu aku..putih itu dia..jika bosan itu aku gembira itu dia..jika sejuk itu aku panas itu dia..dia sentiasa menjadi berlawanan dari apa yang aku ada...ada juga kata2 dari mata2 yang tak segan bertanya.."kamu dengan dia jauh berbeza..kenapa dia??" setiap kali ada kata bergitu..aku mengukir senyum..teringat dekat nuraini hati bergolak senang..aku jawap soalan itu dengan kata..kalu setengah itu separa bulat kan.?? lalu kalu aku ambil lagi satu separa bulat yang sama lekuknya tidak berlawanan agak2 separa bulat tu jadi satu bulatan yang sempurna tak??..mata itu tadi jadi sepi..aku senyum dan beredar..itu lah ainee sentiasa menjadi balikkan pada aku..dengan ainee aku umpama siap 100%..

cinta dengan nuraini Allah izinkan sehingga aku melamar dia pada 1 may 2010..lalu kami bertunang pada 05/12/2010...alhamdulillah..syukur pada 28/10/2011 aku diakadkan dengan nuraini..dengan sekali lafaz..alhamdulillah..kini nuraini menjadi isteri..aku sangat sangat bahagia..syukur ke hadrat illahi..dia sentiasa mengembirakan..setiap pagi aku dapat melihat wajah dia senyuman dia..dan masakkan enak dari dia..setiap hari dia tidur berbantalkan lengan aku..menatap wajah dia dalam pelukkan aku sebagai isteri..tiada apa yang lagi bahagia dari ini..aku sangat bersyukur dan bermohon agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..amin

terima kasih nuraini..kamu sangat indah..kamu sentiasa aku sayangi tahu..terima kasih Allah atas kurnia isteri yang baik kepada aku...