Tuesday, 17 April 2012

Cinta..kekasih berjiwa sepuluh yang tabah..

Ingat lagi pada si jasad indah berjiwa sepuluh??
kisah cinta aku dan dia..yang mana tiap2 satu jiwa dia meruntun jatuh hati aku ke daerah indah?
cinta..jiwa dia sangat kuat..ssh nak jatuh..susah nak rebah..
kadang2 aku menepuk dada berkata gagah tetapi selalu lemah berbanding dia..
satu satu dia hadapi tenang sahaja jiwa dia..si jiwa sepuluh yang ku liberitasi pada itu hari
jiwanya berjuta bukan terhad pada sepuluh,..sangat tabah,.tak pernah tunjuk sakit..tak pernah tunjuk sedih..
walaupon aku tahu kadang2 yang dia tanggung itu bebannya bukan satu..tapi dia tenang macam semua berakhir bagai begitu..aku menangis dia tersenyum...aku sangat sayangkan kamu wahai isteri..
jangan risau tatkala kamu dengan dugaan apa pun aku ada di situ..tolong menunggu,tolong membantu,
si kecil kita mmg tiada lagi tapi akan ada suatu hari..Yang Maha mengatur Yang Maha Mengasihani ada dengan kita..sesuatu yang baik sedang diaturkan utk kita..aku sayang kamu dan Tuhan itu sayang kita..dugaan itu tidak seberapa jgn khuatir..kamu kuat kerana kamu berjiwa tabah dan berjuta..

1 comment:

  1. Jatuh saya. Rebah saya bila saya baca ayat ayat awak yang menepuk bahu menyendeng bahu meminjam bahu bila saya perlukan.

    Tak apa, saya okay. Betul!

    ReplyDelete