Monday, 10 December 2012
Cinta buat kamu isteri
semuanya datang dari maha pencipta..dari dia aku datang kepada dia jua lah akan aku
kembali..
Dengan izin Rabb yang maha esa.. dengan segala puji-pujian ke atas Nya, dengan
segala rahmat dan kasih sayang dari dia Maha pencipta..di pinjamkan kasih sayang kepada aku
melalui melalui seorang insan yang kini bergelar isteri, dan tetap seorang kekasih, seorang teman
baik, seorang yang sentiasa menyokong susah dan senang aku dan sentiasa ada jika aku tersesat..
Cinta... luas sungguh cinta yang di cipta untuk aku..
kadang kala rasa terbeban diri ini dengan apa yang tidak aku kerjakan..
kasih.. indah sungguh kasih yang aku perolehi..
kadang aku rasa sungguh selesa terbuai dengan nikmat kasih dari dia ini ya Tuhan.
Sayang.. Kuat sungguh sayang yang besalut dalam diri ini..
kadang aku rasa takut satu hari hilang sayang ini..
insan...Insan yang menjadi rusuk kiri ini ya Tuhan..
indah...cukup indah..satu satu indah,..tiap tiap apa yang ada pada dia indah..
Aku bercerita tentang cinta dari masa ke masa..sentiasa ada titipan buat dia sang kekasih..
kekasih yang berjuta jiwanya..sampai kadang kala aku tak terbaca jiwa jiwa nya yang indah itu..
cinta yang aku titipkan ini..aku selitkan doa untuk kamu kekasih..agar satu hari nanti ketika mana
kita di hujung sana..di alam kekal milik Tuhan, aku tetap bersama kamu..seperti biasa minum di gelas yang sama..kamu tidur di lengan yang sama..dan aku kekal bersama kamu.. menghayati indahnya alam yang indah itu..berdua.. Insya Allah.. aku sentiasa mendoakan kebaikkan buat kamu sang isteri.. di dunia dan akhirat.. sbb aku cinta kamu..
Wednesday, 8 August 2012
saat ini....
di dalam penjara yang mana banduannya berbaju hijau..aku yang deras melangkah
di susuli rasa tidak senang tiap kali kamu di dalam itu..
ini kali kedua dugaan sebegini datang menerpa..tiap kali kamu di situ
yang mana tiap senyuman dari kamu terukirnya menyorokkan satu satu apa yang kamu rasa
tujuan kamu utk menipu aku di kala mana aku berpura2 tidak tahu
aku bukan bodoh kekasih..aku tahu sakit yang kamu tanggung itu..
berapa pandai pon kamu bermain dengan reaksi sempurna gembira pada muka..
tapi mata kamu sungguh tidak pandai menipu..aku sentiasa tahu apa kamu rasakan
......
ingin sahaja aku membawa kamu ke tempat paling tinggi waktu ini berdiri berdua
berpegang tangan biar yang sibuk itu terus sibuk..janji aku ada dengan kamu berdua..
ingin sahaja aku suruh kamu menjerit..aku menjerit melepaskan rasa sedih masing2..
aku tahu kamu ingin sekali sebegitu....
tiap kali aku pegang tangan kamu wahai kekasih yang berjiwa,,hati aku terus meruntun sayu..
setiap lukisan yang aku lakarkan buat masa ini semuanya jadi celaru tiada gembira..
aku pula terpaksa disini sedang kamu ditahan disitu..
di depan kamu aku ketawa di belakang kamu aku menangis..
Ya Tuhan kuatkan aku..kuatkan dia..
Namun aku berpegang pada takdir tuhan, Dia yang Esa itu takkan memberikan ujian
yang tidak dapat kita galas..Kuatkan iman ku ya Allah..sembuhkan isteri ku..
Nuraini..
Tuesday, 12 June 2012
aku..risau..aku bagaimana..
Tuesday, 29 May 2012
ISU MEREPEK
aku tak pernah pk pasal politik tak kisah la pasal apa pon
pasal jamban tak bagus ke..pasal nak tukar tayar kereta api kepada yg ada tiub ke
sume tu aku persetankan slamber je..biarlah diorg nak makan rasuah ke janji aku masa tu
hidup rilek je makan aiskrim..
tapi skrang..semua orang di sekeliling aku bercerita pasal politik..cerita itu la ini lah
mana yang gaduh pasal BR1M tak cukup bg la mana yg bising pasal Bendera itu tak cukup lawa la
itu la ini la..semua..dari ke timah joyah bedah.senah,makcik kiah..semua semua..
termasuk la isteri aku sendirik...tapi serius aku lebih suka dan bersembang pasal politik dengan isteri aku lagi
dari pada sembang dengan orang lain pasal politik pasal yg lain tu akan tuduh dan isteri aku akan sembang benda tu berdasarkan fakta yang dia dan lecture dia kaji..jgn memain hahahaha..
tadi aku tersentak bila orang tanya aku sokong mana..aku dalam kumpulan parti mana..aku akan cakap aku tak amik tau pasal politik..bila kau da jadi muda belia gagah perkasa dan ditakuti umum kau jgn espek org akan jawap "bgs la kau ni mcm ni la kita jgn amik tahu pasal politik..semua ni tipu" not in the million years la orang akan cakap begitu..hahaha mimpi mimpi..dan seperti kelaziman manusia yg di kecil kecilkan..mereka akan berkata begini..
kau ni tu sbb la bangsa kita jauh kat belakang..sbb apa sbb orang mcm kau la tak amik tau..tak amik kisah..
tak perjuangkan benda yang betul..kau ni kena amik tahu....smbil muka serius jari kena mcm ahli politik point muka org yg kene bebel..kening pulak kene rekut sikit menunjukkan serius... aku senyum.. masalahnya begini...
aku tak kata aku tak amik kisah..aku baca paper..aku berkawan dengan orang orang yang boleh dikatakan ilmu politik dia tinggi..yang menentang pon ada yang tgh berkuasa pon ada..cuma aku taknak berkata kosong..fitnah sana sini..cerita benda yg betul ke tidak yang sumbernya entah kat mana..cerita yang bukan bukan mengaitkan agama orang..kita ni siapa???aku ni siapa nak persoalkan benda2 yang tak sahih ni.. kau nak kata kita kena lah bercakap apa yang orang ckap pasal si polan si polan ni dia mmg buat benda tak baik..minggu lepas dia curik tabung dana untuk bina tandas awam..bukti?ada?takda....
berpolitik la mcm mana pon nak politik tapi jgn sendakan agama..mcm mana org nak respek agama kita kalau kita pon senda senda kan agama... kita bergaduh dalam gelanggang sakit2 orang lain tepuk tangan seronok..komon bro...gua bukan bodoh..gua cuma senyap..
hahahahahhaa..lg pon apa sangat lah yg kau buat utk negara??duit ptptn pon tak habis bayar kau nak cakap itu ini..hahahahahah
AINI
tiap kali aku menyebut nama kamu..
segala bayangan indah itu datang..
tak kira cepat atau lambat..tak kira jauh atau dekat..
tak kira yang lalu atau yg di depan
segala bayangan itu..indah...
cukup indah
tak terisi dengan kata kata yang di cipta
oleh sang penulis..
tiada yang indah dari lukisan sang pelukis
kamu membuatkan mereka jatuh dengan
hati hati kamu..
kawan...
dari saat kita berstatus kawan..
hingga kita kekasih,lalu menjadi ikatan
kamu tetap kawan,yang tahu sedih aku,
yang tahu buruk aku,
yang sentiasa membuatkan aku tahu..
jika aku jatuh kamu ada menyambut..
kekasih...
aku bercinta dengan kamu tiap saat
tidak pernah satu saat pon aku tergelincir dari perasaan cinta itu..
kamu mmg gila..
isteri..
kamu akan sentiasa dalam pelokkan aku..
aku sentiasa sayang kamu..dan kamu perlu tahu itu..
jadi jagalah diri aku akan sentiasa di sisi kamu..
kuat atau lemah,jatuh atau rebah..aku janji..aku
ada disisi..
Tuesday, 17 April 2012
Cinta..kekasih berjiwa sepuluh yang tabah..
kisah cinta aku dan dia..yang mana tiap2 satu jiwa dia meruntun jatuh hati aku ke daerah indah?
cinta..jiwa dia sangat kuat..ssh nak jatuh..susah nak rebah..
kadang2 aku menepuk dada berkata gagah tetapi selalu lemah berbanding dia..
satu satu dia hadapi tenang sahaja jiwa dia..si jiwa sepuluh yang ku liberitasi pada itu hari
jiwanya berjuta bukan terhad pada sepuluh,..sangat tabah,.tak pernah tunjuk sakit..tak pernah tunjuk sedih..
walaupon aku tahu kadang2 yang dia tanggung itu bebannya bukan satu..tapi dia tenang macam semua berakhir bagai begitu..aku menangis dia tersenyum...aku sangat sayangkan kamu wahai isteri..
jangan risau tatkala kamu dengan dugaan apa pun aku ada di situ..tolong menunggu,tolong membantu,
si kecil kita mmg tiada lagi tapi akan ada suatu hari..Yang Maha mengatur Yang Maha Mengasihani ada dengan kita..sesuatu yang baik sedang diaturkan utk kita..aku sayang kamu dan Tuhan itu sayang kita..dugaan itu tidak seberapa jgn khuatir..kamu kuat kerana kamu berjiwa tabah dan berjuta..
Thursday, 5 April 2012
Aku jeles mereka kaya
bersiap seperti biasa..bawak kereta ikut jalan biasa aku lalui..mendongak ke langit dari tempat yang sama..
parking di tempat yang sama..menekan keyboard yang sama hari2..jadi apa yang berubahhh?? hari..masa...benda yang biasa kita lakukan hari2..
kadang2 membuatkan kita berfikir...merungut,.kadang2 kita kecewa melihat orang lain yang mandinya guna shower yang boleh membuatkan tulang mengigil atau hangat selesa.,kecewa melihat orang lain mampu bawak jentera2 mewah yang bunyinya tiada tapi perginya laju..yang mana jentera kita hanya berbunyi nyaring mcm nak mati tapi pergi mcm siput babi.dan tarikkan hanya pada bunyi...kita cemburu tatkala orang lain mampu mendongak menunjuk langit yang lain dari kita lihat di tempat yang lain..sambil berfoto melompat2.. kita hanya mampu memegang kemera mengembungkan mulut dan membuat peace??hahaha..
tapi tatkala kita bercongak-congak dengan kemewahan yang kita ada..kesenangan yang tidak kita kecapi..pernah tak kita tgk manusia2 yang mana bawah dari kita..yang mana dikala kita sibuk menekan keyboard di dalam bilik sederhana bekerja atau lebih tepat membaca twitter,facebook, mereka membuka bungkusan sampah makanan kita semalam mencari tin2 kotak2 sampah yang bagi mereka duit..tatkala kita sejuk mereka dibawah masakkan matahari..kita sibuk memikirkan jenama apa yang kita ingin beli esk lusa sedang mereka basuh baju yg lusuh,hapak janji sarung tutup yang penting..
apalah sangat yang kita kurang..berbanding yang lagi kurang dari kita.cukup oklah dengan apa yang ada..Alhamdulillah..bersyukur..
Sunday, 25 March 2012
jalan jalan suka
Ruang Waktu yang Berlegar
akan datang..waktu yang dibelakang,
waktu waktu yang sempurna,
waktu waktu yang hiba,
yang sedih,
yang longlai,
yang sepi,
yang indah,
yang gagah...
tiap tiap satu itu muncul
mengenangkan aku pada kenangan,
yang terlebar cantik,yang pupus belum dirancang,
yang dirancang tapi tak tiba..
satu satu waktu yang datang itu..biasanya membawa legaran yang berisi
tidak kosong..
Sunday, 22 January 2012
kisah pujangga dan cinta
Kisah si jiwa...tiap tiap pelusuk daerah.tak terkecuali pekan pekan tersembunyi satu satu sayangkan si pujangga.kata mereka pujangga itu kata nya sentiasa memberikan mereka rasa.dan mereka tiap tiap satunya jiwa inginkan pujangga.tiap tiap satu satu merasa puas dengan pujangga tidak satupun menolak pujangga jika ia inginkan mereka.
Kisah si pujangga..aku dapat tiap satu satu jiwa dengan hanya kata kata..dan tidak ada satu pun yg tidak puas
Dengan aku.dari pada si gembira,si sedih,si kasih,si sayang semua aku telah lalui.tak satu pun terkecuali.
Lalu hati bersuara.kamu hanya bangga dengan apa yg tidak benar.jgan lah kamu beromong seolah kamu ada segalanya.hati berkata sinis..
Sipujangga hanya terdiam.lalu membentak..katakan pada aku hati.dengan rasa apa aku tidak pernah bersama.kamu tidak tahu bukan semua rasa telah aku miliki...aku adalah hati pujangga.tiap tiap satu satu rasa yang kamu menangi yang ada pada kamu semuanya aku catit.kamu kekurangan satu rasa.rasa cinta pujangga rasa cinta.
Bagaimana rasa cinta itu wahai hati.aku didalam fikiran yang aku memiliki semua rasa.akan tetapi aku hanya bermegah dengan benda yg tiada.
renungan masa
Aku berdiri di hadapan renungan masa,mulanya sepi..lalu aku melihat lagi,
Muncul kamu bayangan keindahan.terus aku melangkah.sempurna kenangan
Bersama kamu.setiap kenangan bersama kamu,INDAH
Satu satu itu indah..satu satu itu bermakna